| 1. |
Apakah produk ini? |
| |
|
| |
Ini adalah kemudahan kredit bercagar yang diberikan kepada individu dan perbadanan yang layak untuk memudahkan pelaburan dalam sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Ia membolehkan pelanggan untuk meningkatkan keupayaan pegangan aset, memperbaiki aliran tunai dan juga menggandakan kuasa pelaburan tanpa mencairkan aset-aset.
|
| |
|
| 2. |
Apakah tujuan Kemudahan Pembiayaian Margin Saham ini? |
| |
|
| |
 |
Untuk membiayai pembelian / pelaburan / dagangan dalam semua sekuriti yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia. |
 |
Untuk pelaburan persendirian dan korporat. |
|
| |
|
| 3. |
Siapakah yang layak untuk memohon Kemudahan Pembiayaian Margin Saham? |
| |
|
| |
 |
Individu, yang merupakan Warganegara Malaysia dan Pemastautin tetap, yang berumur 18 tahun ke atas. |
 |
Perbadanan (syarikat tempatan dan asing) |
| |
|
|
| |
Dokumen yang diperlukan: |
| |
|
| |
Individu |
| |
| ii) |
Salinan Kad Pengenalan peminjam individu (depan dan belakang). |
| ii) |
Salinan Borang J atau Borang EA yang terkini, atau slip gaji terkini untuk 3 bulan. Dokumentasi atau bukti lain untuk punca pendapatan boleh di pertimbangkan |
|
| |
|
| |
Syarikat |
| |
| i) |
Dokumen sama seperti akaun dagangan biasa bersama-sama dengan resolusi lembaga dan Akaun Diaudit terkini untuk 2 tahun. |
| ii) |
Dijamin oleh seorang pengarah/pemegang saham jika modal berbayar atau Aset Ketara Bersih adalah kurang daripada RM100k. |
|
| |
|
| 4. |
Apakah yang akan saya dapat daripada produk ini? |
| |
|
| |
|
| |
|
| 5. |
Apakah yuran dan caj-caj yang perlu saya perlu bayar? |
| |
|
| |
 |
Bayaran mula dan caj-caj adalah: |
| |
| i) |
Yuran pembukaan Akaun CDS : RM10.00 selepas penerimaan Surat Tawaran. |
| ii) |
Yuran Bergulung Matang: 0.25% atas kontrak tertunggak setiap 90 hari. Ini dikecualikan jika jumlah dagangan oleh pelanggan margin melebihi tiga kali (3x) jumlah kemudahan margin dalam tempoh sembilan puluh hari.. |
| iii) |
Duti Setem: 0.5% dari had kemudahan yang diluluskan. |
|
|
| |
|
| 6. |
Adakah saya memerlukan penjamin atau kolateral? |
| |
|
| |
 |
Ya, kolateral adalah diperlukan daripada pelanggan. |
 |
Bagi keperluan penjamin, MIMB Investment Bank Berhad (“MIMB”) akan memaklumkan jika dan apabila ianya diperlukan. |
|
| |
|
| 7. |
Apakah kolateral yang diterima? |
| |
|
| |
 |
Sekuriti Dicagar: Sekuriti yang tersenarai pada pertukaran yang dikenali dan Bursa Malaysia |
 |
Deposit Tunai : Dalam nilai muka matawang Ringgit Malaysia (RM). |
|
| |
|
| 8. |
Bagaimana MIMB menentukan nilai kolateral berdasarkan saham dicagar? |
| |
|
| |
 |
MIMB akan mengenakan had harga (harga maksima) atau kadar harga diskaun pada sebarang saham/ kaunter pada bila-bila masa untuk tujuan pengiraan nilai kolateral dan keperluan margin. |
| |
|
| |
Jenis Sekuriti |
Nilai Diskaun |
KLCI FBM |
100% |
Had Sederhana & Had Kecil FBM |
80% |
FBM Fledgling |
60% |
Pasaran ACE |
50% |
Derivatif (Waran, ICULS, Dll.) |
50% |
|
|
| |
|
| 9. |
Apakah kaunter tidak boleh diterima untuk pembiayaan margin? |
| |
|
| |
|
| |
|
| 10. |
Bolehkah saya mengeluarkan kolateral/tunai dengan kemudahan ini? |
| |
|
| |
 |
Pengeluaran Kolateral |
| |
|
| |
| i) |
Pengeluaran Kolateral (Saham) dibenarkan selagi margin ekuiti semasa selepas pengeluaran kolateral adalah dalam kadar margin ekuiti yang di benarkan. |
| ii) |
Yuran untuk pengeluaran kolateral akan ditanggung oleh pelanggan. |
|
| |
|
 |
Pengeluaran Tunai |
| |
|
| |
| i) |
Tidak di benarkan kecuali jika baki tertunggak adalah dalam baki kredit dan ekuiti margin semasa selepas pengeluaran adalah dalam kadar margin ekuiti yang dibenarkan. |
|
|
| |
|
| 11. |
Bilakah akaun saya akan mencetuskan Penumpuan Kaunter / Nombor kaunter Minima / Percampuran Kaunter? |
| |
|
| |
 |
Pada masa permohonan sebelum penggunaan Kemudahan: |
| |
| i) |
Jika kurang daripada tiga (3) kaunter di beri sebagai kolateral, kaunter tunggal boleh di terima, tetapi tertakluk kepada margin ekuiti hendaklah melebihi 200%. |
| ii) |
Semua waran, stok pinjaman dan bon akan di terima sebagai satu kaunter yang sama dengan kaunter induk. |
|
| |
|
 |
Selepas penggunaan Kemudahan: |
| |
| i) |
Nilai kaunter terbesar dalam portfolio saham dicagar sebagai kolateral untuk Kemudahan tidak boleh melebihi 50% daripada jumlah nilai semua kaunter. |
| ii) |
Pelanggan di beri tempoh tangguhan sebanyak tiga (3) bulan dari tarikh pemberian pertama Kemudahan untuk mematuhi keperluan/syarat tumpuan kaunter /minima bilangan kaunter. |
| iii) |
Pelanggan di benarkan untuk menjual portfolio saham mereka untuk mencairkan jumlah tertunggak dengan MIMB dan / atau membeli kaunter lain setara dengan nilai hasil jualan untuk mematuhi keperluan bilangan kaunter / pengagihan kaunter. |
|
|
| |
|
| 12. |
Apakah tanggungjawab saya? |
| |
|
| |
 |
Bayaran faedah bulanan bergantung kepada amaun pembiayaan tertunggak dan kadar faedah lazim. |
 |
Penyelarasan akaun semula kepada pembiayaan margin yang diluluskan jika berlaku panggilan margin. |
|
| |
|
| 13. |
Bilakah akaun saya akan mencetuskan Panggilan Margin dan jualan Paksaan untuk kemudahan? |
| |
|
| |
 |
Panggilan Margin: |
| |
| i) |
Pinjaman tertunggak melebihi had yang di luluskan. Kekurangan mesti diselaraskan pada keesokan hari bekerja dari tarikh kemungkiran. |
| ii) |
Kadar ekuiti semasa jatuh di bawah seratus lima puluh peratus (150%) atau sebarang kadar lain yang di tentukan oleh MIMB dari masa ke semasa. Pengurangan mesti di selaraskan dalam masa 3 hari pasaran dari tarikh notis. |
|
| |
|
 |
Jualan Paksaan: |
| |
| i) |
Jika kadar ekuiti semasa jatuh di bawah seratus tiga puluh peratus (130%) sebelum peluputan panggilan margin, MIMB akan tanpa notis terdahulu kepada pelanggan Margin layak untuk menjual atau mencairkan sebarang atau semua sekuriti pada harga di mana MIMB anggap sesuai dan untuk menggunakan hasil jualan untuk mengurangkan jumlah tertunggak |
|
|
| |
|
| 14. |
Bilakah Kemudahan Pembiayaian Margin Saham akan digantung? |
| |
|
| |
 |
Apabila kadar ekuiti semasa adalah kurang daripada 150%. |
 |
Apabila pinjaman tertunggak melebihi Had Kredit yang diluluskan. |
 |
Jika nilai kaunter terbesar di dalam portfolio saham dicagar sebagai kolateral untuk Kemudahan kemudian daripada penggunaan melebihi 50% daripada jumlah nilai semua kaunter. |
 |
Untuk sebarang sebab atas budi bicara mutlak MIMB. |
|
| |
|
| 15. |
Apa berlaku sekiranya saya menyelesaikan secara penuh pinjaman sebelum tempoh matang? |
| |
|
| |
 |
Pelanggan boleh menyelesaikan secara penuh pinjaman pada bila-bila masa tanpa sebarang denda. |
|
| |
|
| 16. |
Apakah risiko utama? |
| |
|
| |
 |
Risiko utama adalah turun naik harga saham. MIMB mempunyai hak untuk mencairkan sebahagian atau kesemua bahagian saham anda dalam akaun pembiayaan margin dalam keadaan anda gagal untuk menyelaraskan kadar pembiayaan walaupun pada ketika kerugian besar dalam nilai saham yang anda telah cagarkan. |
|
| |
|
| 17. |
Bolehkah saya melakukan kontra dagangan dengan kemudahan ini? |
| |
|
| |
 |
Ya, dagangan kontra dibenarkan. |
|
| |
|
| 18. |
Apakah yang saya perlu buat jika terdapat perubahan pada butir-butir maklumat hubungan saya? |
| |
|
| |
Adalah penting untuk anda memaklumkan kami tentang sebarang perubahan dalam butir-butir maklumat hubungan anda untuk memastikan semua surat menyurat sampai kepada anda pada masanya. |
| |
|
| |
Sila hubungi / teruskan ke seksyen CDS di:
Tingkat 18, Menara EON Bank, 288 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
Tel: 603-2692 8899
Fax: 603-2692 7755 |
| |
|
| 19. |
Di mana boleh saya dapatkan maklumat lanjut? |
| |
|
| |
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Seksyen Margin di: |
| |
|
| |
Tingkat 18, Menara EON Bank, 288 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
Tel: 603-2697 1813
Fax: 603-2694 9088 |
| |
|
Maklumat yang diberikan dalam helaian pendedahan produk ini adalah sah pada 31/05/2011.
|